Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelawat GaySec.
Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali dan menunggu kiriman terbaru daripada pihak GaySec kerana setelah beberapa bulan kami menyepi, akhirnya kami kembali di dalam dunia Maya buat sementara ini. Kami telah lama menyepi kerana kami terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Pembelajaran Malaysia(SPM) pada tahun lepas dan menunggu keputusan peperiksaan tersebut, Alhamduliliah, keputusan SPM yang telah kami dapat adalah lulus :).
Selepas ini, kami akan kembali dengan pelbagai lagi acara dan aktiviti yang bakal kami berikan kepada anda semua bagi menyebarkan lagi tentang dunia keselamatan perkomputeran di alam maya ini.
Oh ya, sebelum itu, setelah beberapa bulan kami hilang menyepi, kami mendapati terdapat banyak crew pengodam baru yang lain telah ditubuhkan di alam maya malaysia ini. Walaupun kami bukan pengodam, kami mendapati bahawa pengodaman yang telah dilakukan oleh beberapa puak atau crew yang telah ditubuhkan tersebut berbentuk untuk populariti dan nama di dalam dunia maya siber ini.
Insyallah, jika tiada sebarang halangan, kami akan kembeli memberikan pendedahan lagi tentang dunia keselamatan perkomputeran di malaysia ini :).
Kali ini kami akan lebih berhemah ketika mendedahkan maklumat atau pangkalan data sesebuah laman sesawang atau sistem tersebut, kerana kami sedar, sudah semestinya sesebuah pihak itu tidak akan berpuas hati dengan kami jika kami melakukan `kekacauan` ke atas sistem atau data beliau kepada pihak umum. Niat kami hanyalah untuk menyedarkan bahawa keselamatan dunia komputer di dunia siber ini adalah tersangat penting, jika tidak, negara kita sendiri mungkin akan ditelan dan diserang oleh dunia dan negera luar jika kami masih lagi tidak peka dan tidur tentang keselamatan negara sendiri.
Akhir kata, terima kasih kerana terus bersama kami, kami sayangkan anda semua <3.
GaySec Kembali
Copyleft Gaysec ©. Powered by Blogger.